KOTA BHARU - Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung
kejadian seorang buruh berusia 49 tahun yang menikam perutnya sendiri
sehingga terburai ususnya dalam kejadian di Kampung Baru Keroh di Kuala
Krai di sini, semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, melalui maklumat
awal yang diterima, mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor
mengalami masalah penyakit gastrik.
“Dalam kejadian terbabit, mangsa berada dalam bilik dan mengunci pintu seorang diri manakala anak dan isterinya berada di luar.
"Mangsa menggunakan golok kepunyaan sendiri dan kita turut mengambil
senjata itu bagi tindakan lanjut. Melalui hasil pemeriksaan yang
dilakukan terhadap kediaman mangsa juga tiada elemen jenayah berhubung
kejadian itu,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan pemimpin kepada lebih 20 pelajar sekolah berkenaan dalam majlis terbabit.
Ab Rahman berkata, mangsa kini dilaporkan stabil di hospital Kuala Krai namun masih tidak sedarkan diri.
“Kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian," katanya lagi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment