Wednesday, February 22, 2017

Tragis ! Kekasih mati akibat ditendang dari katil kerana berdengkur


Selasa, 21 Februari 2017


Lewis Little
Lewis Little, 25, with son Tyler and partner Lisa Lee

Dia tidak tahu yang kekasihnya sedang nazak, sebab itulah wanita ini  menendangnya jatuh dari tempat tidur. Namun menyesal tak berguna lagi, lelaki yang dicintainya meninggal   akibat serangan jantung dan menjadi penyesalannya seumur hidup.

Dipetik dari The Sun Selasa (21/2),   Lisa Lee (25)  kesal kerana kekasihnya, Lewis Little (25) sedang berdengkur di sampingnya. Tanpa fikir panjang, dia menendang dan menjatuhkan Lewis dari tempat tidur dan suruh dia senyap.

Dalam istilah perubatan, Lewis dipercayai mengalami gangguan jantung yang dinamakan Brugada syndrome. Penyakit ini boleh menyebabkan kematian secara mendadak akibat detak jantung yang berlebihan. Padahal di tubuhnya terpasang defibrillator kardioverter implan (ICS), alat bantu untuk jantung.

Lisa hanya berfikir, alat itu bakal menyelamatkan nyawa kekasihnya tersebut. Keduanya memang sempat menemui seorang doktor dan diberitahu Lewis akan berumur panjang dan sihat, namun ternyata semua cuma angan-angan belaka.

"Ketika kami berada di atas ranjang saya fikir dia sedang mendengkur, jadi saya tendang dia jatuh dan suruh diam," kenangnya.

Tidak lama, dia menyedari ada yang tidak kena dengan tubuh Lewis setelah mendapati ada cairan di tubuhnya. Setelah menyalakan lampu, ternyata wajah kekasihnya sudah membiru dan tidak lagi bernafas.

"Saya panggil ambulans dan merasa dia akan pergi selamanya. Mereka (doktor, red) menyatakan dia meninggal di rumah sakit dan saya baru sedar suara mendengkur berasal dari udara yang keluar dari badannya."

Pasangan yang berasal dari Ashington, Northumberland sempat mendatangi Wansbeck Hospital dan Freeman Hospital di Newcastle untuk melakukan pemeriksaan. Keduanya sempat mempelajari kondisi Lewis namun pihak rumah sakit memastikan dia merupakan penderita dengan 'resiko rendah'.

Lewis sebelumnya hidup dengan normal dan sangat aktif serta tidak memiliki riwayat jantung. Kematian itu membuat Lisa bimbang akan putera mereka Tyler yang masih berusia dua tahun.

"Kehilangan Lewis telah menghancurkan saya dan putera kami Tyler. Saya percaya ICD akan menyelamatkan nyawa  kekasih saya. Sindrom ini merupakan pembunuh senyap."

Brugada syndrome adalah penyakit yang jarang terjadi, namun serius, di mana jantung boleh menyebabkan ritme detakan yang tidak biasa dan boleh menyebabkan jantung berdebat dan pengsan. Penyakit ini boleh disebabkan keturunan, di mana keluarga memiliki riwayat penyakit yang sama.

Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian secara mendadak bagi mereka yang berusia muda, sihat dan tidak pernah terdiagnosa dengan sakit itu kerana dalam pemeriksaan perubatan jantung nampak berjalan normal


Facebook

No comments:

Post a Comment