Kim Jong-nam mati dengan cara yang menyakitkan selepas diberikan dos
bahan kimia bersamaan dengan ciri-ciri ejen saraf VX yang sangat tinggi,
kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Pihak berkuasa berkata, Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin
Korea Utara Kim Jong-un telah dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari yang
lalu.
"Mendiang meninggal dunia dalam ambulans (tetapi) pengsan di klinik
(di lapangan terbang). Saya rasa kira-kira 15 hingga 20 minit," katanya
apabila ditanya mengenai anggaran masa kematian selepas terdedah kepada
bahan tersebut.
"Dos (diberikan pada Jong-nam) begitu tinggi dan (merebak) begitu pantas ke seluruh badan.
"Ia hanya memerlukan 10 mg untuk membawa maut, tetapi yang ini
(adalah lebih tinggi). Ejen itu telah menyerap dengan melalui kulit,"
katanya.
Subramaniam berkata, badan mendiang menunjukkan tanda-tanda keracunan
organofosfat dan ia kemudiannya disahkan oleh penemuan daripada laporan
Jabatan Kimia.
Pada akhir penjelasan beliau tentang bagaimana kimia itu menjejaskan
badan, Subramaniam ditanya sama ada ia menjadi kematian yang menyakitkan
dan beliau menjawab: "Ya".
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment