PYONGYANG-KOREA UTARA. Korea Utara hari ini memerintahkan Duta Besar
Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad meninggalkan negara itu
dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.
Reuters yang memetik laporan daripada agensi berita KCNA berkata, Korea
Utara melabelkan Mohamad Nizan sebagai ‘persona non grata’.
Ini berikutan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dipercayai
adalah abang kepada pemimpin tertinggi negara itu pada 13 Februari lalu.
Perkara ini juga berikutan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol yang telah diusir dari Malaysia hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Duta Besar Korea Utara tinggalkan Malaysia ]
Kang Chol telah diusir oleh kerajaan Malaysia apabila gagal menghadirkan diri pada Sabtu lalu di Wisma Putra.
Kang Chol dipanggil untuk diminta memberi keterangan berhubung
kenyataannya yang mengkritik Malaysia serta menuduh Malaysia
bersekongkol dengan musuh-musuh Korea Utara dalam mengendalikan kes
pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.
Malaysia telah menarik semula status visa percuma untuk warga Korea Utara yang mahu melancong ke sini.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara juga semakin parah sejak kes Jong-nam
No comments:
Post a Comment