SHAH ALAM – Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) mengusulkan cadangan
supaya semua siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) agar diterima baik Jabatan Peguam Negara.
Presidennya, Datuk Sri Zakaria Jaafar berkata, setiap siasatan haruslah dibawa ke muka pengadilan.
“Semua pihak perlu menguatkan lagi iltizam memerangi rasuah.
“Diharapkan SPRM akan terus melahirkan pegawai-pegawai yang amanah dan
dedikasi dalam memerangi jenayah rasuah, dan yang mempunyai 'stellar
qualities' dalam membantu usaha membanteras rasuah,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Katanya, membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan
titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V Isnin lalu.
“Hampir setiap minggu ada sahaja individu, daripada kakitangan rendah
jabatan dan agensi kerajaan hingga ke peringkat atasan, disoal siasat,
direman atau dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan melibatkan
rasuah dan salah guna kuasa.
“Tindakan demi tindakan yang diambil SPRM, jelas kepimpinannya dari
dahulu hingga kini tidak sekadar membuat janji kosong,” katanya.
Pada masa sama, YARM menyeru masyarakat agar sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah.
No comments:
Post a Comment