Malaysiakini 30/3/17
Pihak berkuasa Malaysia membuat kesilapan dalam mengenal pasti
identiti Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un
sebagai warganegara Korea Selatan, kata Reuters yang memetik sumber.
Bagaimanapun kesilapan itu, membolehkan Seoul dengan segera
memaklumkan Kuala Lumpur bahawa kemungkinan besar mangsa adalah Kim
Jong-nam.
Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(Klia2) pada 13 Febuari lalu apabila menurut polis negara ini, dua
wanita melumurkan agen saraf VX pada mukanya.
Selepas memeriksa pasport mangsa, pihak berkuasa Malaysia keliru akan
Republik Demokratik Rakyat Korea, nama rasmi Korea Utara, dengan
Republik Korea, nama rasmi jiran di selatan negara itu, kata sumber
tersebut.
Pihak berkuasa Malaysia kemudiannya menghubungi kedutaan Korea
Selatan dan menghantar bersama salinan dokumen yang ditemui pada jasad
Jong-nam.
Polis Malaysia tidak memberi reaksi berhubung permohonan Reuters untuk mendapat ulasan lanjut.
Kekeliruan mengenai kewarganegaraan Jong-nam juga menjelaskan mengapa
media di Korea Selatan yang pertama mendedahkan berita berkenaan.
Dalam masa 24 jam selepas kematiannya, Perkhidmatan Risikan
Kebangsaan Korea Selatan memberikan taklimat kepada wakil rakyat di
Seoul yang Kim Jong-nam dipercayai mati. Ini kemudian dibocorkan kepada
media Korea Selatan
No comments:
Post a Comment