MCA mahu buka semula kes kehilangan 4 wanita itu hampir 40 tahun lalu, dipercayai mungkin dibawa ke Korea Utara.
PETALING JAYA: MCA mahu 4 wanita Malaysia yang hilang dan dipercayai berada di Korea Utara ditemukan semula, ketika hubungan diplomatik kedua-dua negara semakin meruncing susulan keputusan menahan rakyat masing-masing.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata 4 wanita dan seorang
lagi wanita Singapura merupakan gadis pelayan (social escort) yang
bekerja di atas sebuah kapal, dan terakhir ditemui pada Ogos 1978,
sebelum kapal itu berlayar.
Mereka ialah Yeng Yoke Fun, 22, Yap Me Leng, 22, Seetoh Tai Thim, 19
and Margaret Ong Guat Choo, 19, manakala warga Singapura ialah Diana Ng
Kum Yim, 24.
Pada 2005, keluarga kesemua wanita Malaysia itu pernah memohon
bantuan Biro Pengaduan Awam MCA di bawah Datuk Seri Michael Chong.
Menurut Sin Woon, salah seorang daripada mereka, Yoke Fun, pernah
ditemui seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang berpaling tadah,
Charles Robert Jenkins, bekerja di sebuah taman hiburan di Pyongyang
pada sekitar 1980-1981.
Menurutnya lagi, Jenkins mengenal pasti Yoke Fun sebagai Ying Tai
melalui tahi lalat di sebelah mata kirinya, malah memberikan nama
sebenar Yoke Fun, Ying Tai, yang disahkan keluarganya.
Sukuukai, sebuah laman berbahasa Jepun yang melaporkan apa yang
didakwanya penculikan rakyat Jepun di Korea Utara, turut menyenaraikan
kelima-lima wanita itu.
Laman itu mendakwa rakyat dari beberapa negara lain termasuk
Thailand, Lubnan, Jordan, Romania, Belanda dan Perancis juga dilaporkan
hilang di Korea Utara, dan hampir kesemuanya berlaku pada lewat 1970-an.
Kes membabitkan wanita Malaysia itu mendapat perhatian di sebalik
hubungan Malaysia-Korea Utara yang mula tegang sejak kedua-dua negara
mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973.
Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara,
Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita pada 13 Feb, dipercayai oleh
pembunuh upahan Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.
Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua
dutanya, dan minggu ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat
masing-masing pulang ke tanah air.
Seramai 11 rakyat Malaysia disahkan kini dilarang keluar Korea Utara.
klu ye pun tunggula kes jpng nam reda dulu.. ni semua nk nambah tegang hubungan. sebelum ni tkde pulak cita.
ReplyDeletepilah urus sendiri. kan mca baik dgn duta china. jgn libatkn negara buat masa ini.
dh 40 tahun baru nk sibuk. mca tkde otak
4 wanita tu pulak social escort.. bukan org kedutaan malaysia.. tu urusan peribadi mereka dn kerja social escort bukan sesuatu yg diiktiraf kerajaan.
ReplyDelete4 wanita tu pulak social escort.. bukan org kedutaan malaysia.. tu urusan peribadi mereka dn kerja social escort bukan sesuatu yg diiktiraf kerajaan.
ReplyDelete