Sinar Harian
SHAH ALAM - PKR tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan
dengan Pas sekalipun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap
yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa
menghormati sebarang perbezaan pendapat.
"Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah
putuskan hubungan dengan sahabat," katanya ketika ditemui pemberita
selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dun
Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan Dun Selangor di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan 'memikul biawak hidup', Menteri
Besar Selangor itu berkata: "Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak
manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis,
lebih lunak.
"Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah
dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu," katanya.
Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkat
a Pas tidak
akan bersama Pakatan Harapan atau pun BN bagi menghadapi pilihan raya
umum.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama 'memikul biawak
hidup', dan Pas akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi
pilihan raya umum nanti. –Bernama
No comments:
Post a Comment