Tindakan drastik akan diambil tidak lama lagi dan
pihaknya bertegas perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan
berpanjangan.
PETALING
JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikrar untuk
mengambil tindakan drastik membersihkan Johor daripada rasuah kerana ia
sudah lama terbiar.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, tindakan drastik akan
diambil tidak lama lagi dan pihaknya bertegas perkara itu tidak boleh
dibiarkan kerana ia akan berpanjangan.
“Saya terpaksa mengambil tindakan ini demi kepentingan masyarakat dan
negara selain meneruskan tindakan berkenaan atas sebab terbabit selain
daripada akta yang mengatakan rasuah itu perlu dibanteras,” kata beliau
dipetik Sinar Harian Online.
Ditemui selepas satu majlis di Kluang, Azmi turut menjunjung titah
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang mahu negeri ini bebas dan
bersih daripada amalan rasuah selepas pertemuannya baru-baru ini.
SPRM kini kelihatan bertindak drastik bagi membanteras isu rasuah dengan membuat siri tangkapan di seluruh negara.
Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM
berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan
di negeri ini, baru-baru ini.
Kata beliau, pihaknya memandang serius kes itu yang membabitkan enam
individu termasuk anak dan seorang pegawai khas kepada seorang Exco
kerajaan negeri serta membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta.
Beliau berkata semua jabatan serta agensi kerajaan negeri akan
memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan mengenai
penyelewengan itu dapat dilakukan dengan adil.
SPRM menahan kesemua suspek itu di negeri ini kerana disyaki
bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk
projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status
premis-premis di Johor.
SPRM juga merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi,
wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk matawang asing dan
dokumen-dokumen bagi membantu siasatan
No comments:
Post a Comment