Harian Metro
KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) turut
tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Notis usul rang undang-undang itu, yang dikemukakan anggota Parlimen
Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden Pas, tersenarai
sebagai perkara ketujuh dalam aturan urusan mesyuarat.
Usul itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menggantikan
perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda
melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan
'penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau denda melebihi RM100,000
atau sebatan 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan Tatacara
Jenayah Syariah'.
Hukuman syariah sekarang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi
tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan.
Terdapat 39 usul yang tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 ini.
Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat
pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 Nov
tahun lepas.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 7
April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April. - Bernama
Assalamualaikum wbt. Semoga pembentangan itu direalisasikan oleh PAS dan diberi ruang oleh UMNO. Janganlah ada apa-apa muslihat kerana pemanipulasian hukum agama perbuatan tercela. Laksanakanlah usaha itu dengan telus. Jangan berdolak-dalik. Wassalam.
ReplyDeleteKita dah lama tunggu perbahasan ni!!!
ReplyDeleteJangan mintok tangguh pulok la kali ni!