SHAH ALAM – Alasan pembatalan permit dialog antara bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disifatkan tidak
munasabah.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, alasan
kononnya terdapat bantahan daripada penduduk setempat adalah tidak
munasabah jika mengambil kira lokasi dialog serta aspek keselamatan yang
diaturkan oleh pihak penganjur.
“Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan yang diberikan amat tidak munasabah.
“Kononnya ada penduduk yang membantah, sedangkan kawasan itu tidak
berdekatan dengan kawasan perumahan dan ianya (dialog) berada dalam satu
suasana di dalam bangunan, bukan di tempat terbuka dan tidak ada sebab
(untuk batalkan dialog),” katanya.
Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata
demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Perasmian Festival
Smart Trak Selangor 2017 dan Pelancaran Garis Panduan Trak Bergerak
(Makanan, Barangan dan Perkhidmatan) Peringkat Negeri Selangor, malam
ini.
Katanya lagi, pembatalan permit dialog berkenaan juga menunjukkan
kebimbangan kerajaan persekutuan dalam soal pembongkaran skandal 1MDB.
“Ini sekali lagi membuktikan bahawa Perdana Menteri amat takut
sekiranya Tun Dr Mahathir membongkarkan skandal 1MDB ini dengan
bukti-bukti yang lebih kuat dan kukuh.
“Sepatutnya, kalau beliau yakin bahawa ini tidak akan menjejaskan
pentadbirannya atau pun kewibawaanya, beliau tidak harus menghalang
debat seperti ini diteruskan,” katanya.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin
Yaacob mengumumkan pembatalan dialog berkenaan setelah pihaknya menerima
surat pembatalan permit daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten
Komisioner Shafien Mamat.
No comments:
Post a Comment