Fahmi kali ini menyatakan pandangannya mengenai
#FatherAndSonParty, menampilkan lukisan menyerupai Lim Kit Siang dan Lim
Guan Eng, serta Hadi Awang dan Khalid Hadi.
PETALING JAYA: Nampaknya Fahmi Reza mempunyai pandangan tersendiri terhadap gandingan ahli keluarga dalam parti politik.
Dalam muatnaik Facebook terbaharunya, aktivis Fahmi Reza melakar
karikatur menyerupai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dikekong bapanya
Lim Kit Siang, bersebelahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengekong
anaknya Muhammad Khalil, yang baru-baru ini dinamakan ketua pemuda PAS.
Kartun bertajuk “Bapa borek, anak rintik” turut membawa hashtag
#FatherAndSonParty (parti bapa dan anak), serta perkataan “Bapak dewa,
anak tokong” di bawah lakaran menyerupai Guan Eng dan bapanya, dan
“Bapak monyet, anak kera” di bawah lakaran menyerupai Hadi dan anaknya.
Fahmi, yang mengundang kontroversi tahun lepas kerana menggambarkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut, sekali lagi
menyebabkan perbualan minggu lepas dengan lakaran yang menggambarkan
Hadi sebagai monyet.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu
FMT lukisan Fahmi akan dirujuk kepada peguam parti sekiranya ia
mempunyai unsur fitnah.
Fahmi menghalakan penanya terhadap Hadi akibat kartun kontroversi
Nanyang Siang Pau bertajuk “Monkey Show Act” yang memaparkan 2 ekor
monyet di atas pokok “Akta 355”, merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Sekumpulan monyet dilihat bergaduh di bawah
pasangan itu.
Daripada pasangan itu, seekor monyet memakai songkok bertulis
“speaker”, manakala seorang lagi memakai serban berlabel “Hadi Awang”.
Kementerian dalam negeri kemudiannya mengeluarkan surat tunjuk sebab
kepada akbar berbahasa Cina, dan kemudian mengumumkan tiada tindakan
lanjut akan diambil.
Semalam, Fahmi memuatnaik gambar borang permohonan menyertai PAS
tetapi butirannya menunjukkan beliau cuma mempersendakan parti itu.
No comments:
Post a Comment