Bomba berkata operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu balak dan lumpur.
KOTA
KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 7 mangsa termasuk 3
kanak-kanak dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah
runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Sandakan, Sabtu lepas, diteruskan hari
ini.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Sabah berkata operasi hari ketiga itu membabitkan 17 anggota Pasukan
Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), 8 anggota Pasukan
Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon
Sandakan serta 10 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keningau.
“PPDA Zon Sandakan memulakan operasi SAR di sungai Pinangah
Kinabatangan bersama polis, sementara, anggota BBP Keningau, pasukan
Storm dan MUST melakukan operasi bermula dari lokasi asal rumah yang
hanyut iaitu di Sungai Labou ke sepanjang 1km aliran sungai.
“Operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu
balak dan lumpur,” menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di
sini hari ini.
Menurutnya, pada 1 April, BBP Kinabatangan menerima panggilan dari
Klinik Pinangah, Tongod pada jam 8.50 pagi menyatakan ada seorang mangsa
dihantar ke klinik oleh orang awam dan selepas itu mangsa memaklumkan
kediamannya di ladang itu dihanyutkan banjir lumpur.
Pusat gerakan operasi itu berkata kejadian itu hanya disedari pekerja
ladang terbabit selepas mendapati terdapat sebuah rumah di kawasan
ladang berkenaan hilang sebelum memaklumkan perkara itu kepada BBP
Keningau pada jam 10.30 pagi hari yang sama.
Pada kejadian 1 April itu, 2 daripada 11 penghuni di rumah itu
berjaya menyelamatkan diri, 2 ditemui selamat di kawasan Pinangah dan
berhampiran Kampung Masaung, manakala 7 lagi masih belum ditemui
FMT
No comments:
Post a Comment