Malaysiakini 2/4/17
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendapat
kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila debatnya
dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz
dibatalkan.
Bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata demikian bagi
mengulas keputusan pihak polis menarik balik kebenaran terhadap program
anjuran Sinar Harian di Shah Alam 7 April ini.
"Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak
berkemampuan hadapi Tun Dr Mahathir," kata Zainuddin atau lebih popular
dengan panggilan Zam di blognya hari ini.
Menurut Zam, rakyat masih ingat majlis dialog Nothing To Hide
berkaitan 1MDB yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak kira-kira dua tahun lalu.
Akibatnya, kata Zam, penganjur program itu dikutuk.
"Apakah Nazri yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang
Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan
kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan
keberaniannya," sindir Zam.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin
Yaacob, mengumumkan debat berkenaan dibatalkan -kurang 24 jam selepas
pihak polis memberikan kebenaran.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari
ini berkata, keputusan menarik balik kebenaran itu dibuat atas faktor
keselamatan, berdasarkan 18 laporan polis diterima pihak berkuasa itu.
Sementara itu, Zam turut mengulas mengenai desakan Utusan Malaysia agar penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan.
Katanya, jelas desakan itu dibuat kerana Umno tidak mahu Mahathir mengetuai gabungan pembangkang.
"Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan
kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya
menolak tohmahan Umno bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu," kata Zam.
Beliau merujuk kepada tulisan Zulkifli Jalil dalam Mingguan Malaysia hari yang disifatkannya sebagai 'pengulas politik tersohor di abad ini'.
"Inilah sebenarnya kekhuatiran yang tersembunyi di sebalik wajah
berani Najib dan ledakan peluru-peluru kapur Umno dari mariam-mariam
katak Umno seperti (Datuk Seri) Salleh Said Keruak, (Datuk Seri) Mahdzir
Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim," kata Zam.
No comments:
Post a Comment