Sinar Harian
9 April 2017
KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa keputusan untuk
tidak membahaskan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) atau RUU355 adalah satu perkara pelik.
Menurutnya, inilah kali pertama beliau berhadapan dengan perkara sebegini sepanjang menjadi ahli Parlimen.
"Selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, ini kali pertama perkara ini terjadi, sebelum ini tak pernah jadi begitu.
"Tak pernah saya lihat usul dicadangkan, disokong namun tidak dibahaskan, jadi ia sangat pelik lah bagi saya,"katanya ketika ditemui di Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, hari ini.
Terdahulu, semasa hari terakhir Dewan Rakyat bersidang, Speakernya, Tan Sri Pandikar Amin mulia menangguhkan sidang Parlimen pada sesi ini sebelum usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan.
Tambahnya Mat Sabu lagi, beliau juga turut bersedia bersama ahli parti yang lain untuk membahaskan isu tersebut.
"Amanah telah bersedia untuk membahaskan isu RUU355 namun ia tidak terjadi (dibahaskan)," katanya lagi.

Korang dah serang sampai naik gila sejak awal sebelum bentang takkan korang boleh berbahas dgn rasional selepas bentang?
ReplyDelete