Sultan
Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Sultanah Kedah,
Tuanku Haminah Hamidun bergambar kenangan bersama pemain selepas
mempersembahkan Piala FA di Majlis Santapan Malam sempena muncul Juara
Piala FA 2017 di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, malam tadi. - FOTO
AHMAD ZAKI OSMAN.
PASUKAN Kedah diraikan pada Majlis Santapan Malam
meraikan kejayaan muncul Juara Piala FA 2017 pada Sabtu lalu di Istana
Anak Bukit, Alor Setar, malam tadi.
Peminat nombor satu Hijau Kuning, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun berkenan
menyampaikan ganjaran keseluruhan sebanyak RM448,000 kepada pemain dan
jurulatih yang terlibat.
Turut berangkat ke Dewan Santapan Istana Anak Bukit.Raja Muda Kedah,
Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah,
Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim.
Tuanku Abdul Halim turut perkenan untuk menerima persembahan dipakaikan
blazer Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan persembahan Piala FA 2017
oleh Pengurus pasukan Kedah Datuk Jeffry Low Han Chow dan ketua pasukan
skuad Helang Merah, Khairul Helmi Johari.
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam ucapannya
mengucap tahniah kepada seluruh pasukan Kedah yang baru sahaja memenangi
Piala FA buat kali ke-4 setelah berjaya memenanginya pada tahun 1996,
2007 dan 2008.
Menurutnya, sesuatu yang boleh dibanggakan dalam tempoh singkat 21
bulan apabila berjaya menjulang empat piala sejak dua tahun lalu.
"Ini merupakan kejuaraan ketiga pasukan Kedah dalam tempoh 7 bulan
setelah berjaya memenangi Piala Malaysia pada bulan Oktober 2016 dan
juga Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) pada Januari 2017.
Juara Piala FA 2017 merupakan kejuaraan keempat sejak ditabal menjadi Johan Liga Premier pada bulan Ogos 2015," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment