Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan beliau menjadi
perdana menteri sementara dengan berkata, beliau sudah tua dan
penglibatannya dalam politik hanya untuk berkempen menentang Najib
Razak.
VIDEO INSIDE
“Perkara utama adalah memenangi pilihan raya. Kalau kita kalah, tiada siapa pun boleh jadi perdana menteri.
“Selepas menang pun, kita tidak boleh mengangkat mana-mana orang
melainkan dipersetujui semua pihak…Kita tidak boleh menggunakan kehendak
1 parti sebagai kehendak gabungan,” katanya dalam wawancara bersama FMT
di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Ditanya jika beliau sanggup memegang jawatan nombor 1 itu sehingga
Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk memilih seorang calon
perdana menteri, beliau memetik kata-kata William Shakespear “much
virtue in ‘if'” yang bermaksud banyak kebaikan dalam perkataan “jika”.
“Kalau macam-macamlah. Kalau tiada siapa dan tinggal saya
terkontang-kanting di situ, tiada orang lain dah, semua orang sudah
lenyap…terpaksalah…kalau.
“Tapi ‘kalau’ tu tak akan berlaku,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata, Pakatan Harapan perlu mematuhi
undang-undang negara, jika bertegas memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai perdana menteri selepas memenangi PRU14, memandangkan ketua umum
PKR itu masih dipenjarakan.
“Kita mesti patuh kepada undang-undang. Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.
No comments:
Post a Comment