Nik Nazmi
SHAH ALAM - AMK mengecam keras pihak tidak bertanggungjawab yang cuba
menggugat kestabilan kerajaan Selangor dengan penyebaran berita palsu.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyebaran fitnah ke atas
kerajaan Selangor membuktikan BN tergugat dengan keupayaan Pakatan
memerintah negeri tersebut.
"Ini tidak lain tidak bukan dikerjakan oleh perkakas BN yang
menggunakan laman web picisan dan cybertrooper untuk menyebarkan
spekulasi yang langsung tidak berasas ini.
"Perlu diingatkan bahawa kerajaan Selangor sedia ada telah diberi
mandat besar pada tahun 2013 untuk mentadbir negeri," katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Sebuah portal media BN semalam mendakwa kerajaan Selangor yang dipimpin
PKR boleh berubah tampuk pemerintahan kepada BN dengan hanya satu “deal
and accept“.
Ia bermula dengan pemecatan Adun Teluk, Datuk Loh Chee Heng dari DAP sekali gus menjadikannya sebagai Bebas.
Isu pemecatan tersebut mengakibatkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali sekarang ini bagaikan “telur dihujung tanduk”.
Nik Nazmi berkata, perbezaan pandangan yang wujud tidak menghalang kerajaan negeri untuk menumpukan kepada isu rakyat.
"Selangor merupakan negeri majmuk yang kian makmur dengan kejayaan tadbir urus kerajaan negeri.
"Berpegang pada amanah ini, kerajaan Selangor juga telah berjaya
melaksanakan tugas berdasarkan manifesto yang dijanjikan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment