Ahli politik veteran itu berkata laman DAP
Laknatullah di Facebook masih boleh dikunjungi orang ramai dan bertanya
adakah benar dalangnya dilindungi.
Dalam kenyataan hari ini, ahli politik veteran itu mengutuk laman DAP
Laknatullah kerana “catatan tidak bertanggungjawab yang membuat ancaman
mencedera dan bunuh pada Edry” dan mesej kebencian terhadap DAP.
Beliau juga bertanyakan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) tidak mengharamkan laman itu terutamanya sejak catatan
terbaharu mencemuh Edry kerana membuat laporan polis terhadap mereka
berhubung ancaman bunuh yang diterima.
“Apakah benar dalang laman FB ‘DAP Laknatullah’ dan catatannya
dinaungi dan diberi perlindungan yang kuat?” soal Kit Siang, dan
menambah sekiranya laman itu bernama “Umno Laknatullah” dan mengeluarkan
ancaman terhadap ahli Umno, SKMM akan bertindak menutup laman itu.
Bagaimanapun DAP tidak akan melakukan taktik kotor terhadap musuh
politiknya kerana menyebarkan “kebencian, curiga dan permusuhan antara
kaum dan agama” mengancam keamanan, keharmonian dan kemajuan, katanya.
Beliau berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
bersungguh mengenai prinsip keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan
yang diuar-uarkan kepada dunia, Najib perlu pastikan kerajaannya
mengamalkan prinsip yang sama.
“Pilihan raya umum ke-14 pertembungan antara rakyat Malaysia – antara
mereka yang mahukan demokrasi menentang mereka yang mahukan
kleptokrasi,” kata Kit Siang, dan menyoal adakah rakyat boleh harapkan
tindakan pantas pihak berkuasa terhadap laporan polis Edry.
No comments:
Post a Comment