Timbalan ketua Pemuda PKR berkata ia usaha memanipulasi pelajar dan mahu naib canselor UiTM memberi penjelasan.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan
oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar
aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi tadi.
Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2 petang tadi.
Afif mahu Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Hassan Said memberi
penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun…
memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”.
“Mengapakah mahasiswa dipaksa untuk hadir program seperti ini
sehingga membenarkan surat pengecualian kuliah dikeluarkan, walhal
kehadiran ke kuliah untuk mahasiswa adalah satu tanggungjawab hakiki
setiap siswa di universiti?
“Berapakah dana yang telah diperuntukkan untuk melakukan kerahan
seperti ini, termasuk kos pengangkutan, makanan, pakaian dan cetakan
sijil seperti dalam mesej itu?” soal beliau.
FMT sedang berusaha mendapatkan respon UiTM.
No comments:
Post a Comment