Pasukan penyelamat menjumpai mayat kedua-dua mereka dan payung terjun yang digunakan bagi menyelamatkan diri.
Mejar Mohd Hasri Zahari (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.
Juruterbang malang itu ialah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, jurulatih
penerbang pesawat yang sudah berkhidmat kira-kira 19 tahun, dan Mejar
Mohd Hasri Zahari, 31, yang berkhidmat 13 tahun.
Jenazah mereka kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk bedah siasat.
Kemalangan itu merupakan kali ke-5 melibatkan jet Hawk 108.
Pasukan mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus selepas pesawat
itu terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi dilaporkan menjumpai
payung terjun di kawasan pencarian di utara Kuantan.
Pesawat itu berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi.
Hawk 108 merupakan pesawat buatan Britain dan mula digunakan TUDM sekitar 1996.
Ia merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.
Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan pesawat TUDM berlaku
tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T
terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang
juruterbang.
No comments:
Post a Comment