Pemimpin veteran yang pernah dipenjarakan di bawah
ISA ketika pentadbiran Dr Mahathir berkata walaupun banyak tidak
dipersetujui, rakyat ketika itu masih bangga dengan nama Malaysia.
“Kita tidak boleh menafikan yang ketika zaman Mahathir, rakyat
Malaysia berbangga di seluruh dunia, dan ia amat berbeza dengan
sekarang, di mana rakyat Malaysia apabila berada di luar negara malu
mengaku mereka warga Malaysia kerana bimbang diejek berasal daripada
negara yang menjadi ‘kleptokrasi global’,” kata ahli Parlimen Gelang
Patah itu pada majlis dialog di Muar, semalam.
Kleptokrasi, iaitu pentadbiran oleh golongan yang merompak harta
negara, merupakan istilah digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
(DoJ) dalam laporannya tahun lalu berhubung siasatan mengenai tuduhan
kecurian wang 1MDB.
Lim, yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah
pentadbiran Dr Mahathir berkata tidak semua yang dilakukan bekas
perdana menteri itu betul, “tetapi di zaman Mahathir, ada semangat
Malaysia Boleh”, katanya merujuk slogan yang kerap digunakan ketika itu.
“Semangat ‘berani cuba dan boleh’ itu tiada lagi di Malaysia. Tetapi
ia kini wujud di China, semangat ‘China boleh’,” katanya yang pernah
berperanan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat.
Lim turut berkata kejatuhan Malaysia dilihat lagi dalam Laporan Daya
Saing Dunia (WCY) 2017 oleh Institut Pembangunan Pengurusan, di mana
Malaysia jatuh daripada tempat ke-19 kepada 24.
“Ia merupakan ranking terendah Malaysia dalam 5 tahun dan negara
tidak boleh selesa yang ia kekal berdaya saing di tempat ke-2 selepas
Singapura di kalangan Asean.”
No comments:
Post a Comment