Dari kiri: Abdul Karim Rahman dan Nazri Aziz.
SHAH ALAM - Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri
Nazri Abdul Aziz disarankan agar lebih 'bersopan' ketika melontarkan
padangan mahupun kritikan kepada 'rakan-rakan' BN.
Pensyarah kanan, Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Dr Syed Agil Alsagoff berkata, ini bagi menghormati semangat
setiakawanan anggota dalam BN.
"Tindakan Nazri tersebut sudah pasti menimbulkan kontroversi dari segi
percakapannya dan lebih besar impaknya apabila pertuturan dan komentar
beliau ditularkan dalam Internet dan dapat disaksikan oleh rakyat negara
ini," katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cukai pelancongan bermula 1 Julai ini]
Beliau berkata demikian, mengulas isu berkaitan kenyataan Nazri yang
menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun
jagung".
Rentetan itu, Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof
membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
kerana mengeluarkan kenyataan yang kasar dan tidak melambangkan
semangat kekeluargaan dalam BN.
Memasuki episod baharu, Nazri dipetik sebagai berkata, beliau tidak
peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan
mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.
Isu ini timbul berikutan, gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan
menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1
Julai depan.
Mengulas lanjut, Syed berpandangan eloklah Kementerian Pelancongan dan
Kerajaan Sarawak dapat bersemuka,berbincang dan berdialog mengenai hal
ini bagi mengelakkan pertikaian berterusan.
"Yang akhirnya akan memberi kesan reputasi kepada nama baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri," katanya.
Ujarnya lagi," Persefahaman yang berteraskan kepada penjelasan
menyeluruh mengenai dasar percukaian pelancongan ini harus dibuat di
antara Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan-kerjaan negeri bagi
mengelakkan pertikaian atau kekaburan terhadap polisi ini".
No comments:
Post a Comment