Dalam 1 laporan semalam, New York Time memetik
wawancara media Indonesia dengan Naib Gabenor Aceh Nova Iriansyah, yang
mengatakan Presiden Indonesia Joko Widodo ada bertemu dengan gabenor
Aceh yang baharu, Irwandi Yusuf untuk melihat cara-cara memperbaiki imej
wilayah itu di peringkat antarabangsa.
PETALING
JAYA: Berita mengenai keputusan kerajaan Kelantan yang meluluskan
hukuman merotan di khalayak awam mendapat perhatian akhbar New York
Times yang menekankan langkah itu diambil sementara kerajaan Aceh,
Indonesia pula mahu mempertimbangkan semula dasarnya.
Dalam 1 laporan semalam, New York Time memetik wawancara media
Indonesia dengan Naib Gabenor Aceh Nova Iriansyah, yang mengatakan
Presiden Indonesia Joko Widodo ada bertemu dengan gabenor Aceh yang
baharu, Irwandi Yusuf untuk melihat cara-cara memperbaiki imej wilayah
itu di peringkat antarabangsa.
Ini berikutan publisiti negatif rantau ini dan Indonesia terima
susulan hukuman merotan yang dikenakan ke atas 2 lelaki gay muda kerana
melakukan hubungan seks. Berita itu mendapat liputan luas media
antarabangsa.
Menurut laporan itu, gabenor kini sedang mempertimbangkan untuk
melaksanakan hukuman itu secara tertutup demi mengelakkan laporan
negatif media dan menghindari sebarang kesan buruk terhadap pelaburan
luar.
“Kami akan mengurangkan liputan akhbar dan menjalankannya di dalam
penjara. Sekarang ini di hadapan masjid, selepas solat Jumaat.
“Saya fikir kerajaan peringkat nasional adalah betul di mana kami perlu melakukan sesuatu,” kata Nova dipetik New York Times.
Pejabat Gabenor juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berikutan
pertemuan dengan Jokowi, presiden Indonesia yang lebih terkenal.
Pejabat Gabenor menyatakan perbincangan tentang mengakhiri hukuman
merotan di tempat awam hanya bersifat sementara keputusan mengenai
perkara itu masih memerlukan persetujuan ulama Muslim dan badan
perundangan Aceh.
Irwandi yang pernah menjadi gabenor Aceh sebelum ini, dari 2007
hingga 2012, dan terkenal dengan pendiriannya lebih progresif, yang
bertentangan dengan pemimpin agama yang keras.
Menurut New York Times, beliau enggan menandatangani undang-undang
syariah yang mewajibkan para pezina direjam dengan batu sampai mati. Ini
telah mengakibatkan jabatan shariah Aceh mengkaji semula kod jenayah
dan menghantar kepada parlimen Indonesia versi baru tanpa peruntukan
mengenai hukuman merejam dengan batu.
Aceh masih menjadi salah 1 wilayah termiskin di Indonesia. Secara
perbandingan ia menerima pelaburan yang sedikit daripada konglomerat
Indonesia yang berpusat di Jakarta.
Pada 23 Mei lalu, 2 lelaki Indonesia telah disebat di hadapan orang
ramai kerana kesalahan seks gay, yang pertama di negara majoriti Muslim
di mana terdapat kecaman terhadap masyarakat LGBT.
Pasangan itu menerima 83 sebatan masing-masing setelah didapati
bersalah melanggar peraturan syariah di wilayah Aceh yang konservatif,
satu-satunya bahagian Indonesia yang melaksanakan hukum Islam.
Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun itu dibawa ke pentas di luar
sebuah masjid di hadapan ribuan orang yang mengejek dan berteriak
dengan kuat.
Laporan AFP menyebut, sebelum hukuman merotan, Abdul Gani Isa, ahli
majlis ulama Aceh memberitahu orang ramai yang hukuman itu “merupakan
pengajaran kepada orang ramai.”
Kembali ke Malaysia, akhbar New York Times melaporkan bagaimana
pindaan ke atas enakmen undang-undang syariah di Kelantan dikecam oleh
NGO, antara Islam, antara lain Sisters in Islam (SiS).
“Undang-undang baharu ini sebahagian daripada usaha nasional yang
lebih luas oleh kumpulan konservatif untuk mengubah kod undang-undang
Malaysia.
“Terdapat pergerakan fundamentalis besar yang mahu mengubah
undang-undang, bukan hanya di peringkat perundangan negeri, tetapi juga
di peringkat persekutuan,” kata pegawai komunikasi SiS, Alia Affendy
kepada New York Times.
Rabu lalu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat
dijalankan di khalayak ramai.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama
menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan
sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Pindaan dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu
merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika
ia diluluskan di Parlimen kelak.
No comments:
Post a Comment