Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan berkata,
Kelantan kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan
yang dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.
KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia
Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) telah menghancurkan daya saing pasukan The Red Warriors (TRW).
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata, Kelantan
kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.
“FMLLP (dan) FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka
menghancurkan daya saing TRW… kini TRW sedang menuju (ke) Liga Perdana
dan pelaburan penaja habis ke laut,” katanya menerusi catatan dalam
laman sosial Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa isu dengan FMLLP antaranya
dipotong 3 mata dalam saingan Liga Super selepas persatuan itu gagal
melunaskan tunggakan gaji pemain pasukan tersebut musim lalu.
Selain itu, KAFA turut dikenakan sekatan membawa masuk penyerang dari
Perancis, Seydi L Imam bagi menggantikan pemain import, Alessandro
Podovani Celin.
Rayuan yang dikemukakan KAFA bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut turut ditolak FMLLP.
Kelantan kini berada di tangga ke-7 saingan Liga Super dengan 17 mata
selepas 14 perlawanan hasil daripada 6 kemenangan, 2 seri dan 6
kekalahan.
Dalam aksi Piala FA pula pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu hanya
sekadar layak beraksi di peringkat pusingan ke-2 selepas tewas kepada
pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).
Dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya Selasa lalu,
Kelantan di tangga ke-3 Kumpulan C apabila mencatatkan 1 kemenangan dan 1
kekalahan selepas 2 perlawanan
FMT
No comments:
Post a Comment