Malaysiakini 7/7/17
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau pihaknya berasa
pelik apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu
membuat pemilihan semula hanya selepas empat tahun.
"Setakat ini berdasarkan kepada apa yang kita baca dalam kenyataan
(ROS) itu, kami rasa pelik sedikit kerana sudah mengadakan pemilihan
semula. Itu sudah lamalah.
"Mengapa mereka mengarahkan DAP membuat pemilihan semula sekarang?"
katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.
ROS awal petang tadi menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semula kerana pemilihan pada 29
September lalu sebagai tidak sah.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau
sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr
Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang
diambil oleh ROS hendaklah mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan
perlembagaan DAP.
Bagaimanapun Mohammad Razin berkata ROS tetap menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini tidak berniat untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu.
Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo pula berkata beliau
dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan namun belum menerima surat
rasmi daripada ROS.
"Saya harap ROS akan menulis surat secara rasmi supaya kami boleh melihat isu itu sebelum membuat keputusan lanjut.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata DAP beliau sendiri
tidak tahu sama ada kandungan surat rasmi itu sama dengan kenyataan
dikeluarkan hari ini atau tidak.
"Namun ini adalah tindakan serius dan DAP akan menanganinya dengan serius juga," katanya.
Menurut anggota parlimen Bagan itu, DAP juga akan mengadakan
mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur petang
esok.
Parti itu juga akan mendengar semua pandangan anggota CEC dalam pertemuan berkenaan.
Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berakhir.
"Saya ingin menegaskan, keputusan akhir akan dibuat CEC. Memang kami
tidak puas hati tetapi sama ada pemilihan baru akan dibuat atau tidak,
ia bakal diumumkan esok berdasarkan kepada surat ROS," katanya
No comments:
Post a Comment