Malaysiakini 14/7/17
ULASAN Saya
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) telah
mencapai kata sepakat untuk membentuk satu kesatuan politik yang lebih
jitu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan pembentukan
struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan.
Ini adalah satu mercu tanda baharu dalam politik tanah air yang akan menggalas harapan rakyat untuk menyaksikan perubahan besar politik negara ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang lebih demokratik, adil dan menyantuni keperluan rakyat.

Dengan struktur kepimpinan baharu ini, saya yakin
Pakatan Harapan akan mampu bergerak dengan lebih mantap untuk membela
nasib rakyat.
Saya ingin mempertegaskan agenda Pakatan Harapan untuk
mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan tadbir urus yang baik serta
memberikan keutamaan kepada usaha untuk memajukan ekonomi dan
meringankan beban rakyat.
Ini termasuk menghapuskan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), mengawal kenaikan harga barang, memerangi rasuah
hingga ke akar umbi dan melakukan reformasi institusi termasuk
menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal
sahaja.
Pakatan Harapan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja skandal 1MDB dan mendapatkan kembali wang rakyat yang dicuri daripada 1MDB.
Langkah-langkah juga akan diambil untuk memulihkan FELDA dan membela nasib para peneroka FELDA.

Dengan pengalaman luas pimpinan Pakatan Harapan dalam
pentadbiran kerajaan, termasuk seorang mantan perdana menteri, dua
mantan timbalan perdana menteri, seorang mantan menteri besar dan dua
orang menteri besar dan ketua menteri, serta ramai lagi pimpinan yang
telah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat dan lain-lain, saya percaya
Pakatan Harapan akan dapat mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul
dan mengurus negara dengan cemerlang.
Pakatan Harapan juga akan terus mendukung dan
mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuk kedudukan Islam sebagai
agama persekutuan, hak setiap rakyat untuk mengamalkan agama
masing-masing secara aman dan harmoni, kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum, Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan kemuliaan institusi raja-raja Melayu
sebagai raja berperlembagaan.
Saya percaya gandingan kepimpinan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai ketua umum akan memantapkan barisan kepimpinan dalam mengemudi
sebuah gabungan politik baharu untuk menyongsong perubahan politik di
negara ini.
Saya berasa amat bersyukur kerana kedua-dua tokoh ini
adalah amat dekat dengan saya ketika saya berada di dalam kerajaan,
khususnya semasa saya dan Datuk Seri Anwar adalah anggota kabinet Tun Dr
Mahathir.
Kini, kami kembali bertaut semula dalam saf perjuangan politik baharu bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul dan membina semula negara ini sebagai sebuah negara yang sejahtera dan dihormati oleh dunia.

Saya berdoa semoga Pakatan Harapan dapat memberikan
sinar harapan baharu kepada rakyat untuk memulakan satu perjalanan ke
arah membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
Keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi untuk memuktamadkan satu barisan kepimpinan yang mantap, beramanah dan teruji adalah satu muafakat politik yang amat bersejarah.

Insya-Allah, dengan dukungan rakyat seluruhnya dan izin
Allah SWT. Bahtera Pakatan Harapan akan berjaya melayari samudera
perjuangan untuk membela rakyat dan memulihkan negara.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini
No comments:
Post a Comment