Malaysiakini 19/7/17
ULASAN l Ya, AG (Peguam Negara)
tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi
yang jelas dia tidak takut kepada Allah.
Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan
oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.
Menyembunyi
laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh
Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah SWT tahu
Apandi bohong.
Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah
setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan
amanah oleh seorang Peguam Negara.
Perbuatan pecah amanah berdosa.
Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT.
Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini
juga berdosa.
Junjung al-Quran
Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa
kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan
hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan
pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut
Allah.
Tetapi
Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung
Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam
laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, SPRM dan laporan
Ketua Audit Negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang
sebanyak RM2.6 billion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan
penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak
benar.
Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid
dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza
antara mulut yang menyebut dan hatinya.
Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang
dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima
balasan di akhirat dalam api neraka.
No comments:
Post a Comment