Friday, July 28, 2017

Pemuda Umno: Manifesto sejuta pekerjaan, rumah untuk setiap keluarga memalukan

 | July 27, 2017
Ketua Pemuda Umno Wilayah Razlan Rafii berkata BN sedang memenuhi keperluan pekerjaan dan perumahan, ketika PH masih belum menyelesaikan isu di negeri yang ditadbir mereka.
Razlan-Rafii-Faiz-FadzliPETALING JAYA: Pemuda Umno berkata manifesto sejuta peluang pekerjaan dan rumah untuk setiap keluarga yang dijanjikan Pemuda Pakatan Harapan memalukan dan terkebelakang, kerana BN sedang memenuhi keperluan pekerjaan dan perumahan melalui pelbagai rancangan kerajaan.

“Wilayah Persekutuan sahaja kita ada lebih 80,000 rumah mampu milik dan tawaran 1 juta peluang pekerjaan itu sikit sangat sebab tahun ini sahaja kita dah wujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafii kepada FMT.

“Pemuda PH sepatutnya buat kajian dahulu, malah dalam tangan mereka langsung tidak ada hasil kajian dan hanya main cakap sahaja untuk menyedapkan hati, itu satu tawaran yang memalukan.”

Razlan menambah pihaknya teruja dengan projek Tun Razak Exchange yang akan membuka peluang kepada rakyat tempatan bekerja dengan syarikat antarabangsa.

“Kerajaan BN tidak pernah gagal dalam membangunkan negara dan tiada siapa boleh pertikai. Kita tengok, terbaharu kita ada MRT,” tambahnya.
Pemuda PH dalam manifesto pilihan raya mereka berjanji akan menumpukan perhatian kepada menambah peluang pekerjaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada lebih 3 juta pekerja asing. FMT

1 comment:

  1. bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*

    ReplyDelete