Wednesday, August 16, 2017

Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam Berpotensi Jadi Iskandar Johor


Tarikh kemaskini: 15/08/2017 Bernama

ALOR SETAR, 15 Ogos (Bernama) -- Kawasan Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam sekiranya direalisasikan kelak, berpotensi menjadi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (BPI) di Johor, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT), Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, ia berikutan kedudukan kawasan itu yang menjadi pintu masuk utama utara Semenanjung dan merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ).

"Melalui beberapa projek mega di Bukit Kayu Hitam seperti Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), pembinaan kilang tayar serta pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang baharu, ia mampu menjadi pelengkap kepada kawasan bebas cukai yang akan diwujudkan kelak.

"Tujuan utama membangunkan kawasan bebas cukai ini adalah untuk menarik kedatangan ramai pelancong dari Thailand dan kalau dibandingkan dengan kawasan sempadan lain, ia (Bukit Kayu HItam) merupakan 'bandar sempadan paling dinamik'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mahu tahu persediaan kerajaan negeri untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berikutan ketika ini terdapat perancangan beberapa projek mega di kawasan itu.....
Gambar Malaysiakini

No comments:

Post a Comment