Pengerusi PH mengumumkan pelantikan Azmin Ali sebagai
pengarah pilihan raya, Mohamad Sabu sebagai pengerusi komunikasi dan
Zuraida Kamaruddin sebagai ketua Wanita PH.
KUALA
LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Presiden Amanah Mohamad Sabu
dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ke peranan baru dalam gabungan
itu.
Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Parlimen
mengumumkan Azmin dilantik pengarah pilihan raya gabungan bagi
mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri
Muhyiddin Yasin. Azmin merupakan naib presiden gabungan.
Mohamad Sabu, yang juga timbalan presiden PH, dilantik pengerusi
jawatankuasa komunikasi dan mobiliti, manakala Zuraida dilantik ketua
Wanita PH.
Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng sebagai pengerusi PH Pulau Pinang, Azmin sebagai pengerusi PH
Selangor dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PH
Johor. Lim Guan Eng dan Muhyiddin merupakan timbalan presiden gabungan.
“Manakala di negeri lain tempoh masa 2 bulan untuk lengkapkan senarai kepimpinan,” kata bekas perdana menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, pengumuman ini bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan gabungan semasa.
Sebelum ini, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai pengerusi gabungan,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan dan Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai presiden gabungan.
Jawatan ketua setiausaha diisi bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran.
FMT
No comments:
Post a Comment