Penggodam memuat naik mesej mempertahankan bendera merah putih dengan lagu kebangsaan bermain sebagai bunyi latar.
PETALING
JAYA: Walaupun Putrajaya memohon maaf atas insiden bendera Indonesia
yang dicetak terbalik dalam terbitan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
(KL2017), ia tidak meredakan kemarahan di kalangan rakyat negara itu,
termasuk pakar IT yang dilaporkan menggodam 27 laman Malaysia, lapor
sebuah portal media.
Portal berita Indonesia, Suara.com melaporkan penggodam daripada
kumpulan “hacker rulez” menggodam 27 laman kebanyakannya milik
persendirian dan blog perniagaan di Malaysia.
Antara laman yang menjadi mangsa ialah kualalumpurmalaysia.com, yang dimiliki penulis motivasi dan jutawan Azizi Ali.
Klik ke laman itu membawa pengunjung ke sebuah lagi laman milik Azizi, www.beahappymillionaire.com, yang kini tertera ayat “Bendera negaraku bukanlah mainan”.
No comments:
Post a Comment