Malaysiakini 16/8/17
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, beliau berikrar akan bertindak tegas terhadap mereka yang mengamalkan rasuah.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, beliau berikrar akan bertindak tegas terhadap mereka yang mengamalkan rasuah.
Mengimbas kembali tempoh ketika itu susulan penahanan bekas Pengerusi
Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini, pemimpin veteran DAP Lim
Kit Siang tertanya-tanya sama ada ini adalah ulangan taktik sebelum
pilihan raya.
Sebelum
pilihan raya umum 2008, Lim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
ketika itu, Tan Sri Rais Yatim mengumumkan bahawa pentadbiran Abdullah (foto, kanan) akan menangkap "18 jerung” kerana terbabit dengan rasuah.
"Tetapi tidak ada satu 'jerung' yang ditangkap dan dituduh atau
dijatuhkan hukuman sepanjang lima tahun pentadbiran Abdullah dan semua
'kilat dan guruh' mengenai pembasmian rasuah berakhir tanpa sebarang
hasil," katanya dalam satu kenyataan media.
"Adakah satu lagi sandiwara keadilan yang sama akan berulang
menjelang pilihan raya umum ke-14?" soalnya sambil merujuk kepada kes
Mohd Isa.
Menurut Lim, pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan Felda
Global Ventures (FGV) dan sekarang sebagai pemangku pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan ini satu soalan
yang penting.
Pemimpin DAP itu berkata, Mohd Isa sebelum ini telah digantung selama
enam tahun dari Umno selepas lembaga disiplin parti mendapati beliau
bersalah atas politik wang.
"Dengan
latar belakang sedemikian, pelantikan Mohd Isa memegang jawatan awam
adalah sangat dipersoalkan dan menimbulkan tanggungjawab berat ke atas
perdana menteri untuk sentiasa berjaga-jaga bahawa lantikannya itu
seharusnya sentiasa mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik,
integriti dan akauntabiliti.
"Adakah Najib melaksanakan tugas tambahan itu dalam kes ini?" soalnya.
Lim juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan
alasannya untuk melantik Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan FGV, dan
sejak Julai, dan kemudian sebagai pemangku pengerusi SPAD.
No comments:
Post a Comment