Fuziah berkata kenyataan beliau pada 30 Jun lalu
menyebut cara terbaik untuk menguruskan isu perlombongan bauksit haram
adalah dengan membekukan permit eksport khas.
PETALING
JAYA: Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh menyifatkan langkah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita keseluruhan
simpanan stok bauksit lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan
terhadap isu perlombongan haram membuktikan apa yang beliau sarankan
selama ini ternyata benar.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki
berkata, penyitaan itu dibuat bagi menghalang bahan tersebut daripada
dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau
tujuan lain.
Fuziah berkata kenyataan beliau pada 30 Jun lalu menyebut cara
terbaik untuk menguruskan isu perlombongan bauksit haram adalah dengan
membekukan permit eksport khas.
“Semalam SPRM menyita 10 juta metrik ton simpanan bauksit.
“Jumlah yang teramat banyak bukti kerakusan manusia dan kegagalan
penguatkuasaan agensi-agensi terlibat. Ia juga menyerlahkan sifat
ketamakan pihak pelombong haram dalam membuat keuntungan tanpa mengambil
kira kerosakan kepada alam sekitar dan kesan kepada kesihatan awam,”
kata beliau.
Fuziah menambah, pada 8 Ogos lalu apabila menteri sumber asli dan
alam sekitar membuat kenyataan tentang jumlah eksport bauksit, maka amat
jelas membuktikan berlaku perlombongan bauksit haram apabila jumlah
simpanan di luar pelabuhan menjangkau 5.8 juta metrik ton sedangkan
jumlah simpanan permulaan hanya 5.4 juta metrik tan.
“Saya juga telah beberapa kali sebelum itu menyarankan perkara yang
sama iaitu bekukan permit eksport khas untuk membenarkan perlombongan
haram tidak terus berlaku,” katanya.
Fuziah berkata, beliau tidak menentang industri perlombongan bauksit,
namun segala bentuk aktiviti ekonomi mestilah lestari dan menjunjung
prinsip dan kaedah menang-menang.
“Maksud menang-menang ialah apabila pelombong dapat untung, negeri
juga dapat pulangan, rakyat dapat manfaat dan bukan dapat penyakit dan
alam sekitar juga dipastikan tidak tercemar.”
Azam berkata tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh
simpanan stok yang berada di tanah kerajaan dan persendirian di kawasan
yang dikenal pasti di negeri itu.
Menurutnya, penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM
2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan penyitaan tersebut
melakukan kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh dihukum mengikut
Seksyen 69 akta sama.
Sehingga kini, katanya, dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik
bauksit yang dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang.
Azam berkata, SPRM turut mengadakan perbincangan bersama kementerian
sumber asli dan alam sekitar serta mencadangkan kementerian itu mengkaji
semula pengeluaran Permit Kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong
bauksit serta membatalkan semua AP yang dikeluarkan sebelum ini.
ReplyDeleteMohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro (+6282354640471) katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel