Bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan BNM, soal pengerusi panel RCI.
PUTRAJAYA:
Hari pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian mata
wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990 menyaksikan
pengerusi panel meluahkan rasa pelik bagaimana kerugian itu tidak
dicatatkan dalam laporan bank pusat itu.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya mendapati sememangnya wujud kehilangan jumlah wang yang besar.
“Namun ia dihilangkan dalam laporan BNM. Kita harus kenal pasti siapa
yang meminta agar ia disembunyikan. Sedikit pelik, apabila semua pihak
tidak tahu mengenai perkara ini.
“Bahkan, tidak ada sesiapa ambil sebarang tindakan atau membuka
sebarang siasatan. Adakah mereka tutup mata dalam hal ini,” katanya
dalam kamar mahkamah di Istana Kehakiman hari ini.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu bagi menyiasat
kerugian bank pusat sebanyak AS$10 bilion dalam urus niaga perdagangan
mata wang sekitar 1990-an.
Selain Sidek, RCI itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk
Kamaludin Md. Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk
Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara
Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon.
Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan
Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk
Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Sementara itu, Tajuddin selepas mendengar keterangan bekas penolong
gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid, pegawai BNM
Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, menyatakan
mahu mengetahui perkara ini lebih mendalam.
“Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara
ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” katanya.
Choo Boon pula mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh disimpan
dalam tempoh masa yang lama sedangkan BNM sendiri mempunyai pelbagai
jabatan termasuk jabatan akaun.
Sebelum ini, Pakatan Harapan, walaupun mengalu-alukan RCI itu,
mempersoalkan motif di sebalik penubuhannya ketika Tun Dr Mahahir
Mohamad yang merupakan perdana menteri ketiksa skandal itu kini berada
di sebelah pembangkang.
Sementara Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani
hukuman penjara, adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika
skandal kerugian itu berlaku
FMT
No comments:
Post a Comment