Malaysiakini 14/8/17
l
Memang ada perbincangan "sangat tidak
rasmi" antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan PAS sejak beberapa bulan
terakhir ini, kata Datuk Seri Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor itu memberitahu, ia perlu dipertingkatkan dan
titik pertemuan perlu dicari antara kedua-dua pihak secepat mungkin
ketika pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.
Menganggap sekarang adalah masa terbaik untuk pembangkang membentuk
kerajaan menggantikan BN, Azmin berkata belum ada perbincangan secara
rasmi dengan PAS buat masa ini.
"Kami ingin melihat wujud kerjasama dengan meletakkan rangka kerja bersama dalam PRU ke-14 bagi menjatuhkan BN.
"Matlamat utama kami ialah mengetepikan BN. Justeru mana-mana parti
politik yang bersedia untuk meletakkan agenda reformasi dan
menyelamatkan negara (sebagai keutamaan), kami bersedia untuk
berbincang," katanya kepada media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, hari ini.
Azmin sebelum itu mengumumkan pembentukan sekretarian pilihan raya
HARAPAN bagi memantau persiapan gabungan pembangkang menghadapi PRU
ke-14.
Beliau
yang baru dilantik sebagai pengarah pilihan raya HARAPAN juga berkata,
pihaknya "lebih daripada gembira" dapat berbincang dengan PAS.
Kenyataan Azmin itu dibuat sehari selepas media melaporkan PKR
mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di
Kuala Lumpur malam kelmarin.
PKR diwakili Azmin yang juga timbalan presiden PKR, serta presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.
Jamal tak layak
Bagaimanapun, tiada maklumat terpeinci dinyatakan mengenai
tujuan dan hasil pertemuan tersebut.
Perkembangan itu berlaku ketika hubungan kerjasama politik antara
kedua-dua parti sudah berkubur, dan di peringkat bawahan mereka mula
bersaing sesama sendiri,
termasuk di kubu penting PKR, Permatang Pauh, yang cuba dirampas PAS.
Menurut Azmin, dinamik setiap parti adalah berbeza dan HARAPAN perlu menghormati serta memahami keadaan yang dihadapi.
Kerjasama, katanya, perlu berdasarkan kepada sikap saling menghormati antara parti.
Kata Azmin, jika nanti ada keperluan perbincangan rasmi diadakan antara HARAPAN dan PAS, pemimpin gabungan itu akan dimaklumkan.
"Ini adalah komitmen kami kepada HARAPAN iaitu berkongsi maklumat dalam majlis (presiden) dan dibincangkan," katanya.
Mengenai pertemuan malam kelmarin, Azmin menegaskan ia cuma ziarah biasa dan tiada perbincangan politik berlangsung.
Untuk rekod Abdul
Hadi masih berehat daripada sebarang tugas parti selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara pada Mei lalu.
Sementara itu Azmin berkata, tuduhan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa BERSATU merancang
kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 semalam adalah tidak benar.
Kata Azmin, ketua Umno Sungai Besar itu bukanlah orang yang layak bercakap mengenai isu itu.
"Kita sudah nampak apa yang dia buat sebelum ini," katanya.
Azmin juga mendakwa orang yang menimbulkan kekecohan semasa Tun Dr
Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin semalam sebagai pihak yang
tidak memahami demokrasi.
"Pada saya mereka sangat terdesak, tak ada pilihan kecuali
menghentikan Dr Mahathir daripada bercakap apa yang sebenarnya berlaku.
"Tapi orang ramai sekarang - terutama generasi muda - sudah matang," katanya.
ReplyDeleteMohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro (+6282354640471) katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel