Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berkata Isa
Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu
integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari
ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan khidmat
Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi di Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD).
Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, Isa Samad perlu dilucutkan
jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi
beban kepada kerajaan.
“Tentu sekali boleh memulihkan semula kepercayaan rakyat,” kata
Mazlan kepada FMT hari ini, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengesahkan penahana bekas pengerusi Felda itu dalam
siasatan ke atas pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda
Investment Corporation (FIC).
“Jadi (bagaimana) kalau orang yang dituduh dengan amalan korupsi itu
berada di situ sedangkan SPAD adalah agensi besar negara membabitkan
pengangkutan awam. Biarlah mereka yang tidak terpalit dengan amalan
tuduhan itu berada di situ.”
Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings
Bhd dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD 19 Julai lalu.
Anak mengalu-alukan penahanan Isa namun “amat sedih” kerana tindakan
berlaku hari ini selepas desakan demi desakan daripada pelbagai pihak
sebelum ini.
“Kerosakan yang berlaku ini begitu dahsyat, kerana situasi kewangan
Felda akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kita harus akui
skandal yang berlaku di Felda yang terburuk selain daripada 1MDB,”
katanya
FMT
bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*
ReplyDelete