Bekas perdana menteri menyatakan kekesalan dengan sikap tidak ambil kisah walaupun negara dituduh 'kleptokrasi'.
PETALING
JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemimpin kerajaan
tidak malu dengan persepsi antarabangsa mengenai pentadbiran negara.
“Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum
sahaja,” kata bekas perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan itu
dalam penulisan blognya hari ini.
“Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara
sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.”
Beliau berkata panggilan “kleptokrasi”, atau negara yang dipimpin
oleh pencuri, juga tidak mengundang respon kuat daripada kerajaan.
Istilah itu digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam
permohonannya merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli
menggunakan wang dilarikan daripada 1MDB
No comments:
Post a Comment