Bekas presiden Umno yang kini mengetuai gabungan pembangkang itu turut mengulangi dakwaan PAS punca Melayu berpecah belah.
PETALING
JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar PAS untuk menyatakan
sama ada mereka yang menentang parti Islam itu boleh digolongkan sebagai
kafir, isu yang menjadi pertikaian antara Umno dan PAS sejak sekian
lama.
“Tak usah lari dari soal pengkafiran ini. Jelaskan dengan tegas benar
atau tidak orang yang tidak menyertai PAS kafir,” kata Dr Mahathir
dalam penulisan blognya hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengemukakan 8 soalan kepada
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang disifatkannya
“satu-satunya pemimpin PAS yang rasional”.
“Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS
tidak Islam. Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS?” soal Dr
Mahathir.
Beliau mahu Tuan Ibrahim menyatakan sama ada menerima “Amanat Hadi”
yang menganggap sesiapa yang terkorban ketika melawan pemerintahan Umno
sebagai mati syahid.
“Jika pemerintahan yang didirikan oleh Umno dahulu kafir, apakah
pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan
dinasihat oleh mereka kafir,” katanya.
Amanat Hadi adalah sedutan daripada ucapan Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang di Terengganu pada 7 April 1981, yang kemudiannya
dicetak dan disebarkan ke pelosok negara oleh PAS ketika itu.
Antara lain, ia membidas Umno kerana mengekalkan perlembagaan
penjajah, dan menganggap perjuangan PAS sebagai jihad yang menjanjikan
syahid sekiranya mati dalam perjuangan itu. Majlis Fatwa Kebangsaan
bagaimanapun pada 1984 menyifatkan ucapan itu mendorong kafir-mengkafir
dan bertentangan dengan Islam.
Minggu lalu, Tuan Ibrahim dalam respons balas kepada Dr Mahathir yang
menuduh PAS cuba memenangkan Barisan Nasional (BN) kerana enggan
menyertai PH, berkata bekas perdana menteri itu perlu “cermin diri” atas
segala yang dilakukannya terhadap demokrasi Malaysia sepanjang memegang
jawatan perdana menteri selama 23 tahun.
“Kini baru 2 tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya
menjadi pembangkang,” kata Tuan Ibrahim dalam surat yang menyenaraikan
pelbagai tindakan bekas presiden Umno itu mengekang kebebasan
pembangkang.
Dr Mahathir berkata beliau tidak kisah dipanggil penyangak, penyamun atau diktator.
“Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik.
Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya.
Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya
dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini dilarang
oleh agama Islam. Dan mereka yang dikafir marah dan kecewa didakwa
mereka tidak Islam,” katanya.
Pengerusi PPBM itu turut mengulangi dakwaannya yang PAS memecah
belahkan umat Islam di Malaysia yang menurutnya bersatu padu satu ketika
dulu.
“Hanya apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang yang tidak
menyertai parti politik PAS, barulah orang Melayu Islam berpecah
sehingga tidak terima nikah ibu bapa, bersembahyang dua imam, berkuburan
berasingan dan bermusuh ketat antara orang PAS dengan orang bukan PAS.
“Bolehkah Tuan Ibrahim nafi perpecahan ini berlaku, dan ianya berlaku
kerana PAS menidakkan Islamnya orang Umno dan juga orang lain yang
tidak menyertai PAS,” soal bekas presiden Umno itu.
ReplyDeletebergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*