Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan laporan
yang dibuat bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kabinet
pada awal 1990-an, berhubung kerugian yang ditanggung Bank Negara
Malaysia (BNM) daripada perdagangan forex ketika itu.
Beliau mengulas pertikaman lidah antara Anwar dan pengerusi
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang
tercetus ketika Ketua Umum PKR itu memberi keterangan.
Sidek berkata Anwar selaku menteri kewangan ketika itu tahu jumlah kerugian sebenar, tetapi menyembunyikannya daripada kabinet.
Beliau berkata kabinet hanya dimaklumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion.
Namun Dr Mahathir berkata, Anwar membuat laporan berdasarkan apa yang ditunjukkan audit Bank Negara kepadanya.
"Dia beritahu apa yang dilaporkan. Takkanlah dia nak persoal dan (buat) sangkaan ada orang curi duit.
"Dia buat kenyataan mengikut apa yang disahkan audit, itu sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment