Timbalan presiden PKR itu juga berjanji akan
melaksanakan 2 perkara diputuskan Pakatan Harapan, termasuk mengatur
strategi bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru pada
PRU14.
SHAH
ALAM: Datuk Seri Azmin Ali yang menyokong rundingan dengan PAS sebelum
ini, akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak
bekerjasama dengan parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Timbalan presiden PKR itu juga berjanji akan melaksanakan 2 perkara
diputuskan Pakatan Harapan menerusi mesyuarat pada malam Isnin lalu,
untuk mengatur strategi bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan
3 penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional pada PRU14.
“Yang penting keputusan ini kita terima dan kita laksanakan.
“Fokus kita sekarang adalah untuk membina jentera di PRU14 selaras
keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya selepas Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 peringkat Selangor, malam tadi.
Sabtu lalu, Azmin yang juga menteri besar Selangor dilaporkan
berkata, rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bukan inisiatif beliau
sendiri, sebaliknya ia keputusan parti.
Beliau berkata demikian selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan
perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan
satu menentang BN pada PRU14.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan
parti itu pernah membuat keputusan itu, sebaliknya rundingan
pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan.
Mengulas ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan
Harapan dan Biro Politik PKR pada minggu ini, Azmin berkata, beliau
mempunyai tugas lain.
Ketika ditanya adakah beliau akan bercakap dengan PAS selepas ini, ini jawapan ahli Parlimen Gombak itu.
“Boleh..saya boleh bercakap dengan sesiapa. Malam tadi (Selasa) saya
bercakap dengan (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Ahmad Zahid
Hamidi. Semalam (kelmarin) saya cakap dengan perdana menteri. FMT
No comments:
Post a Comment