Kereta dinaiki Anwar dari HKL ke Penjara Sungai Buloh
mengelak kereta dari arah bertentangan dan melanggar kereta depan di
Saujana Utama.
PETALING
JAYA: Peguam Sivarasa Rasiah berkata konvoi kenderaan yang membawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pegawai penjara terlibat dalam kemalangan
semasa dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh.
“Syukur, Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi
agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat
doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kereta dan van yang memindahkan Anwar dari Hospital Kuala
Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan pada jam 12.30 tengah
hari di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama.
“Pegawai penjara yang memandu kereta dinaiki Anwar menekan brek untuk
mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan dan melanggar kereta
di depan,” katanya sambil menambah kereta terbabit hanya mengalami
kerosakan di bahagin depan.
Beliau berkata Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr S
Jeyaindran dijadual bertemu Anwar pada jam 5 petang ini untuk menetapkan
sama ada ketua umum Pakatan Harapan itu memerlukan rawatan lanjut di
hospital.
Selasa lalu, Anwar dikejarkan ke HKL hari ini kerana tekanan darah
tidak stabil, semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.
Menurut anaknya, Nurul Izzah Anwar, bapanya dimasukkan ke hospital
2.00 petang Selasa kerana “tekanan darah tinggi tidak menentu” selain
memerlukan rawatan fisioterapi untuk kecederaan lama di bahu.
No comments:
Post a Comment