Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata
pihaknya komited untuk menawarkan yang terbaik melalui Pakatan Harapan
(PH) bagi rakyat Selangor demi memastikan kesinambungan kerajaan negeri
Selangor dan juga di peringkat pusat.
KUALA
LUMPUR: Amanah berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk
meletakkan beberapa pemimpin kanan parti itu bertanding kerusi parlimen
dan negeri di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nama-nama yang dicadangkan termasuk Presiden parti itu, Mohamad Sabu,
naib presiden Hasanuddin Mohd Yunus, pengarah komunikasi Khalid Samad,
pengarah strategi Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Siti Mariah Mahmud dan
Ahli Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin.
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata kehadiran
“senjata-senjata besar” di Selangor bertujuan untuk mengukuhkan Amanah
dan Pakatan Harapan (PH).
“Mereka akan bergabung dengan pemimpin Amanah Selangor Saari Sungib
dan Hasnul Baharuddin, bersama-sama dengan nama-nama besar lain yang
akan kami umumkan kemudian,” kata beliau dalam ucapan pembukaan pada
Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.
“Dengan kata lain, Amanah Selangor komited untuk menawarkan yang
terbaik melalui PH bagi rakyat Selangor untuk memastikan kesinambungan
kerajaan PH Selangor dan juga kerajaan persekutuan PH masa depan,”
katanya.
Turut hadir ialah Mohamad dan pemimpin parti komponen PH yang lain
termasuk Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, naib pengerusi PKR Selangor
Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari. FMT
No comments:
Post a Comment