Ahli majlis tertinggi PPBM berkata dakwaan Tengku
Sariffuddin Tengku Ahmad kononnnya Lim Kit Siang mengawal PH cubaan
mempermainkan emosi orang Melayu.
PETALING JAYA: Seorang ahli majlis tertinggi PPBM membidas Setiausaha
Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana
menggunakan “taktik” lama Umno untuk memomokkan DAP dengan menggambarkan
parti itu sebagai parti tertinggi Pakatan Harapan.
Tariq Ismail berkata dakwaan Sariffuddin kononnya Ketua Ahli Parlimen
DAP Lim Kit Siang mengawal PH dari belakang tabir itu cuma cubaan
mempermainkan emosi orang Melayu.
“Sememangnya taktik Umno memomokkan DAP bukan suatu fenomena baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Rasanya sudah berulang kali mereka cuba mempermainkan emosi
masyarakat Melayu dan memainkan sentimen perkauman kononnya tampuk
kepimpinan negara bakal diambil alih oleh DAP sekaligus mengganggu gugat
kedudukan istimewa orang Melayu.
“Apakah Umno begitu terancam dan tergugat kedudukan mereka di hati
masyarakat Melayu sehingga sanggup memperbodohkan masyarakat Melayu
kononnya parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan bagai lembu dicucuk
hidungnya oleh DAP?” tambahnya.
Tariq mendakwa Sariffuddin dengan begitu angkuh sekali menuduh
kepimpinan Melayu dalam PH, termasuk daripada PPBM, PKR dan Amanah
sebagai terlalu lemah sehingga boleh dipermainkan DAP.
No comments:
Post a Comment