Malaysiakini 7/9/17
Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS
berhubung dakwaan memberi undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bererti
memberi undi kepada DAP.
Menurut naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau tidak
terkejut dengan kenyataan Muhammad Khalil Abdul Hadi - anak kepada
presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang seolah-olah seperti
kenyataan pemimpin Pemuda Umno.
“Saya tidak terkejut (kenyataannya) berbunyi seperti Pemuda Umno
memandangkan prinsip PAS telah dikompromi sehingga menjadikan sayap
pemuda parti itu menjadi sidekick Umno dalam memerangi isu sebenar
rasuah dan kleptokrasi.
“Kenyataan terbaru ketua Pemuda PAS itu membuktikan bahawa PAS tidak
lagi berani dan kuat untuk membuat perubahan yang bermakna di negara
ini.
“Bagaimana dia boleh kata memerangi rasuah dan menyelamatkan kerajaan
kleptokrasi adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian? Siapa dia?
Tukang cakap kepada menteri BN?” katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Muhammad Khalil mendakwa, tindakan DAP yang dilihat ingin
menjadi dominan dalam HARAPAN membawa makna bahawa memberi undi kepada
gabungan pembangkang berkenaan sama seperti memberi undi kepada DAP.
Beliau turut mendakwa, pergerakan DAP turut dibayangi agenda
evangelis Kristian dan bercita-cita untuk menawan negara ini dan
menjadikannya sebagai negara sekular.
Malah, Muhammad Khalil berkata, HARAPAN yang dilihat kemaruk kuasa
juga berhubung dan mengundang entiti asing yang didakwa merisikokan
negara.
Jangan dilayan sibegap ni...
ReplyDelete