(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis tuntutan
bayaran berjumlah RM306,999.17 yang diiklankan dalam akhbar tempatan
oleh Datuk Seri Salleh Ismail, adalah helah murah untuk memalukannya.
Menurutnya, kaedah mendapatkan satu perintah mahkamah agar notis
diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran
memandangkan tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima
secara peribadi bukan perkara yang sukar.
“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada
umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah
dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret
keluarganya.
“Dengan mendapatkan notis dari mahkamah itu, ia bertujuan untuk memberi
gambaran bahawa saya berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan
orang ramai untuk membayar jumlah yang dituntut oleh beliau tetapi
menyimpan jumlah itu dan tidak membayarnya kepada beliau,” katanya dalam
kenyataan media.
Beliau berkata demikian merujuk kepada notis menuntut bayaran sebanyak
RM306,999.17 setakat 13 Julai 2017 seperti yang diiklankan di dalam
akhbar tempatan atas arahan yang diperolehi oleh Datuk Seri Salleh
Ismail (suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno) dan
NFC daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurut Rafizi, tindakan itu sememangnya berniat untuk memalukan dan
menunjukkan kononnya beliau seorang yang pecah amanah kerana telah
mendapat sumbangan tetapi tidak membayar tuntutan mereka.
“Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon perlu
menunjukkan bahawa beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana
alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya
berada.
“Tambahan pula, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos
yang tinggi. Oleh sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC
mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa
hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya,” ujarnya.
Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, tindakannya tidak menjelaskan
jumlah tuntutan itu disebabkan pihak tersebut perlu menyerahkan notis
tuntutan secara peribadi kepadanya.
“Apa yang tidak dimaklumkan kepada rakyat adalah saya tidak dapat
membayar sehingga mereka menyampaikan notis tuntutan itu secara tangan
dan diterima peribadi kepada saya kerana saya tidak tahu jumlah sebenar
yang perlu saya bayar.
“Hakim Azizul Azmi Adnan bukan sahaja menganugerahkan bayaran RM300,000
kepada NFC dan Datuk Seri Salleh Ismail, jumlah itu perlu dibayar
dengan bayaran faedah yang dikira pada setiap hari.
“Oleh itu, saya memang perlu menunggu notis tuntutan itu diserahkan
secara tangan untuk memenuhi kehendak undang-undang dan mengetahui
jumlah yang perlu dibayar,” katanya.
Malangnya, kata Rafizi, perkara yang mudah iaitu menghubunginya untuk
membuat temu janji bagi menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan
jumlah yang perlu dibayar itu tidak pernah diusahakan oleh Salleh.
“Pihak beliau hanya meninggalkan surat di rumah saya kononnya mereka
datang tetapi saya tiada di rumah. Seterusnya mereka meninggalkan pula
surat untuk menyatakan mereka berkehendakkan saya berada di rumah pada
tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang
hendak mereka serahkan.
“Jika niat mereka untuk menunjukkan saya seorang yang menipu kerana
menerima sumbangan rakyat tetapi menyelewengkan wang itu untuk diri
saya, ttindakan yang diambil ini adalah bodoh kerana rakyat Malaysia
boleh membaca permainan politik mereka,” katanya.
Rafizi berkata, peguamnya akan mengira jumlah terkini yang perlu
dibayar dengan mengambil kira bayaran faedah terbaru dan beliau akan
menyerahkan cek itu kepada Salleh dan NFC.
“Selepas itu, soal kebankrapan sepatutnya tidak timbul dan saya akan
menunggu tarikh rayuan untuk membatalkan keputusan Hakim Azizul Azmi
Adnan tempoh hari,” katanya.
Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
ReplyDeleteberkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
beberapa Restoran ternama di Surabaya ”Saya dulu seperti
orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
!!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
solusi tepat salam sukses.
INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....
>PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
>PESUGIHAN UANG GAIB
>PESUGIHAN JIN KHODAM
>PESUGIHAN ASMA
>PESUGIHAN UANG SEPASANG
>PESUGIHAN UANG BALIK
>PESUGIHAN JUAL JANIN
>PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
>PESUGIHAN NIKAH JIN
>PELARISAN DAGANG