Pelabuhan di Malaysia bersaing antara satu sama lain sementara Singapura memperkasakan Pelabuhan Tuas.
PETALING
JAYA: Industri pelabuhan di Malaysia bakal berdepan dengan masalah
selepas terdapatnya tanda-tanda hubungan rapat antara China dan
Singapura, menurut seorang pakar ekonomi.
Prof Hoo Ke Ping berkata terdapat perubahan dasar di Beijing seperti
yang ditunjukkan berdasarkan keputusan rangkaian perkapalan Ocean
Alliance yang beralih operasi dari Pelabuhan Klang ke Singapura.
Ocean Alliance, termasuk China Cosco Shipping, United Arab Shipping
Company (UASC) dan kumpulan perkapalan Perancis CMA CGM diikat di
Shanghai tahun lepas. Cosco adalah syarikat perkapalan ke-4 terbesar di
dunia.
“Ia sesuatu yang menarik apabila Cosco berpindah ke Singapura,” kata
Hoo. “Memandangkan ia milik negara, ini menunjukkan perubahan dasar di
Beijing.”
Beliau berkata Singapura dalam beberapa bulan kebelakangan ini
menyuarakan sokongan terhadap inisiatif “Satu Tali Satu Jalan” (Obor)
China.
“Ia adalah berita buruk untuk pelabuhan kita dan mungkin juga ECRL (Landasan Keretapi Pantai Timur).”
ECRL yang bernilai RM55 bilion dilancarkan di Kuantan bulan lepas,
dijangka memenuhi sebahagian besar keperluan syarikat perkapalan China.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memujinya sebagai “laluan
perdagangan alternatif ke Singapura” kerana laluan itu akan
menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan.
Hoo berkata Putrajaya perlu bimbang bukan sahaja mengenai hubungan
rapat Singapura-China, tetapi juga tahap kecekapan di pelabuhan Malaysia
berbanding Singapura.
“Jika Singapura boleh menyediakan perkhidmatan pelabuhan dan
perkhidmatan sokongan pelabuhan lebih cekap, syarikat perkapalan akan
beralih ke sana,” katanya.
“Inilah sebabnya mengapa pelabuhan kita perlu mempunyai peralatan dan
infrastruktur yang paling canggih serta perkhidmatan sokongan yang
cekap.”
Masalahnya di Malaysia, katanya, terdapat 3 pelabuhan utama dengan
tahap kecekapan berbeza dan perbezaan kadar pelaburan semula ke dalam
pembinaan kapasiti.
“Ia bukan hanya pelabuhan tetapi juga perkhidmatan sokongan termasuk
pelepasan dan pengangkutan khusus yang perlu lebih cekap. Di Malaysia,
ia mengambil masa 1 atau 2 hari untuk sebuah kontena meninggalkan
pelabuhan, sedangkan di Singapura ia hanya mengambil masa beberapa jam.”
Beliau menganggarkan Singapura akhirnya akan menjadi hab pemunggahan
muatan. Oleh itu, katanya, Malaysia perlu menjadikan pelabuhannya lebih
menarik, dan langkah pertama perlukan penyatuan.
“Pelabuhan kita bersaing antara satu sama lain sementara Singapura
menumpukan semua usaha untuk menjadikan Pelabuhan Tuas sebagai pelabuhan
terbaik di dunia. Kita perlu satukan atau kita tidak akan dapat
bersaing dengan Tuas.
“Tanpa kapal China, kita akan menghadapi masalah kerana kita akan mengendalikan pemunggahan muatan dari Singapura.”
Strategi perniagaan
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata jelas Singapura bertindak
balas terhadap ancaman pelabuhan yang disokong China di Malaysia.
“Dengan memperoleh pakatan perniagaan baharu, Singapura cuba
‘mengunci’ lalu lintas kargo dan menjadikan pelabuhan Malaysia tidak
berjaya,” katanya.
“Sekutu pelabuhan Singapura mungkin menawarkan syarat komersial dan perkhidmatan yang lebih cekap.”
Beliau berkata Malaysia mesti menangani situasi ini dengan tawaran
komersial lebih baik kepada syarikat perkapalan, sambil menambah pihak
berkuasa yang berkaitan harus meningkatkan kecekapan dan profesionalisme
dengan mengurangkan pembaziran dan rasuah.
Wong Chen yang juga ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR berkata
Malaysia memerlukan strategi perniagaan baik yang disokong oleh dasar
kerajaan yang jelas.
“Putrajaya perlu menentukan pelabuhan mana yang paling penting dan
yang akan mengendalikannya dengan baik dan jumlahnya. Pada sisi fiskal,
kerajaan boleh mempertimbangkan pelepasan cukai dan penyelidikan geran.”
Beliau juga berkata ECRL perlu mempunyai sedikit justifikasi ekonomi
jika Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Melaka berterusan tidak berjaya.
“Pada trafik pelabuhan semasa, ia sukar untuk mengesahkan kos ECRL yang
tinggi.” FMT
No comments:
Post a Comment