Bas dilihat naik ke pembahagi jalan dan mengambil 2 laluan jalan dalam kemalangan di Puchong semalam.
VIDEO inside
PETALING JAYA: Seorang pemandu bas RapidKL digantung selepas video bas dipandu secara cuai menjadi tular di media sosial.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan di Facebook
hari ini berkata pemandu bas terbabit sudah dikenalpasti dan digantung
sementara siasatan ke atas kemalangan itu sedang berjalan.
Rakaman video 1 minit 35 saat yang dirakam semalam berhampiran stesen
LRT di Puchong memaparkan sebuah bas RapidKL naik ke pembahagi jalan
dalam cubaan melintas ke jalan lain.
Kenderaan dilihat berhenti semasa bas untuk cuba melintas jalan.
Bas itu juga mengambil 2 laluan jalan sebelum terpaksa mengundur kembali ke pembahagi jalan.
Dalam video berlainan, sebuah kereta di belakang bas itu dirakam berhenti secara tiba-tiba sambil menekan hon.
Dua rakaman video itu tersiar di beberapa laman Facebook, meraih ribuan tontonan.
No comments:
Post a Comment