Saturday, September 23, 2017

Pengasuh curi minum susu ibu dipecat

Pengasuh curi minum susu ibu dipecat
Sedutan rakaman CCTV menunjukkan pengasuh mencuri minum susu ibu. - Foto Shanghaiist
 
KAOSIUNG - TAIWAN. Seorang pengasuh dipecat selepas dirakam meminum susu ibu yang sepatutnya diberikan kepada anak majikannya.
Menurut laporan Shanghaiist, mangsa yang dikenali sebagai Lin mengatakan susu tersebut sepatutunya diberikan kepada dua anaknya.

Kejadian bermula selepas pengasuh berumur 58 tahun berkenaan mengambil susu sebanyak 130 mililiter untuk 'diberikan' kepada anak Lin.
Pengasuh tersebut kemudian mengatakan anak Lin 'menghabiskan' kesemua susu tersebut tetapi Lin tidak mempercayainya.

Lin kemudian memeriksa rakaman CCTV di ruang tamu dan menyaksikan pengasuhnya meminum sebahagian besar susu ibu tersebut.
Selain itu, Lin mendapati pengasuhnya tidak menepuk belakang anaknya yang masih kecil seperti kebiasaan selepas diberi minum susu.
Agensi yang menggaji pengasuh tersebut bagaimanapun tidak memecat pengasuh berkenaan kerana meminum susu ibu tidak dianggap suatu jenayah.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment