Naib pengerusi DAP itu bertanyakan adakah Malaysia
cukup mewah dengan wang tunai untuk berbelanja membeli pesawat dan
membuat pelaburan prasarana di AS.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan
komitmen kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Amerika
Syarikat, bertanyakan adakah komitmen itu tukaran kepada pelaburan yang
lebih besar dari AS.
Dalam kenyataan hari ini, naib pengerusi DAP itu tertanya adakah
kunjungan Najib ke AS itu untuk tujuan membeli-belah bagi menunjukkan
kepada Washington yang Malaysia boleh menjadi pembeli pesawat buatan AS.
“Adakah Malaysia cukup mewah dengan wang tunai hingga kita mampu
membeli 25 pesawat Boeing termasuk 8 pesawat 787 Dreamliners di masa
depan, serta melabur dalam pembangunan prasarana di AS sekarang ini?
“Apakah pembelian dan pelaburan itu akan membantu merangsang keadaan
ekonomi Malaysia yang sedang lemah, atau sebagai tukaran kepada
pelaburan yang lebih besar dari AS?”
Terasa menjawab laporan hari ini yang melaporkan Najib, yang sekarang
ini sedang melawat Rumah Putih, memberitahu Presiden AS Donald Trump
bahawa Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8
pesawat 787 Dreamliners, dan mungkin akan menambah lagi 25 pesawat 727
pada masa depan.
Perjanjian itu bernilai lebih AS$10 bilion dalam masa 5 tahun, dan
berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu membelanjakan AS$3
bilion-AS$4 bilion lagi untuk pembangunan infrastruktur.
Teresa terkejut dengan cadangan perdana menteri itu, ketika rakyat
sedang menderita kesusahan kewangan akibat ekonomi yang perlahan.
Teresa berkata Malaysia Airlines masih bergelut untuk pulih dari
hutang dan defisit, dan beliau tertanya sama ada syarikat penerbangan
negara mampu membelanjakan AS$10 bilion untuk 25 pesawat Boeing.
Beliau juga tertanya adakah Najib akan menggunakan dana KWSP sebanyak
RM16.8 bilion untuk melabur dalam pembangunan prasarana AS tanpa
merujuk para pencarum.
“Apakah pulangan yang akan diterima pencarum KWSP daripada pelaburan itu?” katanya.
“Rakyat berhak tahu apakah kemungkinan manfaat dan pulangan daripada
pelaburan itu yang akan dibawa pulang ke Malaysia, memandangkan jutaan
dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongan dalam lawatan AS itu.”
No comments:
Post a Comment